MRSM Pasir Salak merupakan salah satu MRSM yang baru ditubuhkan awal tahun 2003. Terletak di kawasan pedalaman di tengah-tengah hutan dan mempunyai bukit yang dinamakan Bukit Tunggal. Bebas daripada hiruk pikuk kota bagi mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kampung Gajah ialah pekan yang terdekat di sini dan sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar di sini untuk keluar membeli barang-barang atau sebagainya.
Sebut sahaja MRSM ini, debat merupakan satu seni yang sememangnya 'kuat' di MRSM ini. Baru-baru ini, MRSM ini berjaya mendapat tempat ke-2 dalam Pertandingan Debat MRSM se-Malaysia, terpaksa tunduk kepada tuan rumah iaitu MRSM Batu Pahat.Daripada segi akademik pula, prestasinya tidak kurang menghampakan kerana baru-baru ini juga MRSM ini berjaya mencapai kedudukan yang baik dalam peperiksaan besar PMR dan SPM.
Klik di sini untuk laman web rasmi MRSM ini.
|
-pemandangan dari bukit- |
|
-dewan selera- |